MPKS

Kemudahan Di Hujung Jari...

  • Cukai Taksiran
  • Permohonan Lesen
  • Tempahan Dewan
  • Bayaran Kompaun

Soalan Lazim

Apakah iP3KS?

iP3KS adalah perkhidmatan online yang disediakan oleh MPKS kepada penduduk-penduduk Kuala Selangor untuk membuat semakan/pembayaran akaun secara online tanpa perlu ke kaunter perkhidmatan MPKS.

Apakah Perkhidmatan Yang Disediakan?

Perkhidmatan yang telah disediakan:

  • Semakan dan pembayaran cukai taksiran.
  • Semakan dan pembayaran kompaun.
  • Tempahan dewan.
  • Permohonan & pembaharuan lesen.
  • Pembelian dokumen tender.

Perkhidmatan baharu yang bakal disediakan:

  • Permohonan & Pembaharuan Lesen Serta Merta.
  • Permohonan & Pembaharuan Lesen Risiko.
  • Permohonan & Pembaharuan Lesen Anjing.
  • Permohonan Permit.
  • Pembelian Tiket Pelancongan (Santuari Kelip-Kelip & Bukit Malawati).

Siapa Yang Boleh Mendaftar?

Sesiapa sahaja boleh mendaftar, apa yang diperlukan cuma nombor kad pengenalan tuan/puan serta alamat e-mel yang sah.

Kenapa Nombor Kad Pengenalan Diperlukan Untuk Mendaftar?

Nombor kad pengenalan tuan/puan akan digunakan untuk menyemak akaun tuan/puan dengan pangkalan data MPKS. Ini akan membolehkan data akaun tuan/puan disambungkan kepada sistem iP3KS.

Kenapa Alamat Email Diperlukan Untuk Mendaftar?

Email tuan/puan akan digunakan sebagai saluran komunikasi diantara iP3KS/MPKS dengan tuan/puan. Tanpa alamat e-mel yang sah MPKS akan menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan tuan/puan secara efisien.

Adakah Pendaftaran Memerlukan Sebarang Bayaran?

Perkhidmatan iP3KS adalah percuma, tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Ia hanyalah usaha MPKS untuk memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan untuk tuan/puan.

Adakah Pendaftaran Diwajibkan?

Pendaftaran adalah tidak wajib. Namun jika tuan/puan tidak mendaftar maka tuan/puan perlu ke kaunter perkhidmatan MPKS untuk berurusan dengan MPKS.


Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi kami menggunakan mana-mana saluran berikut:

MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR,
Jalan Majlis,
45000 Kuala Selangor,
Selangor

Talian Aduan: 03-3281 3939
Talian Am: 03-3289 1439 / 1549 / 6331 / 2903

Dasar Privasi Aplikasi