Log Masuk
MPKS
iP3KS
Dashboard
Tempahan Dewan
1
Jadual Tempahan
2
Pengesahan
3
Terma
4
Bayaran
5
Cetak Resit
Dewan Yang Ingin Ditempah :
Tujuan Tempahan :
Bulan :
Sila tunggu, sedang mengesahkan tempahan tuan/puan...
A. Permohonan
Kebenaran untuk menggunakan Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Kuala Selangor hendaklah dibuat di MPKS dengan menggunakan Borang Tempahan Dewan, atau menggunakan perkhidmatan online laman web MPKS.
Penggunaan dewan perlu mendapat kelulusan Pegawai Penilaian Dan Pengurusan Harta terlebih dahulu.
Permohonan tempahan dewan untuk semua majlis hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tarikh penggunaan dewan.
Permohonan bagi acara tari-menari atau
Live Music
yang mengenakan bayaran kepada penonton/tetamu perlulah menghantar borang permohonan bersama surat kebenaran daripada pihak polis dan lesen daripadan Jabatan Perlesenan MPKS.
B. Bayaran
CAGARAN perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan diluluskan.
Pembayaran
SEWA perlu dijelaskan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh penggunaan
. Sekiranya tiada pembayaran, pihak Majlis berhak membatalkan permohonan tersebut.
Sekiranya tempahan
dibatalkan melebihi 30 hari
darpada tarikh penggunaan, maka wang cagaran dan sewa akan dikembalikan sepenuhnya.
Jika tempahan
dibatalkan kurang dari 30 hari
dari tarikh penggunaan, hanya wang cagaran
tidak akan dipulangkan
.
Sebarang penundaan atau penangguhan tarikh penggunaan dewan yang ditempah juga adalah tertaluk kepada syarat di atas.
Penyewa diwajibkan mengemukakan resit cagaran kepada pengawai bertugas semasa membuat bayaran penyewaan. sekiranya pemohon gagal berbuat demikian, pemohon dikehendaki mengemukakan akuan bersumpah.
Sebarang pengurangan dan pengecualian kadar sewa perlu mendapat kelulusan Yang Dipertua atau wakil yang diberi kuasa.
C. Syarat-Syarat Penyewaan
Pengguna hendaklah menjaga kebersihan harta-benda milik Majlis dan hendaklah membersihkannya kembali selepas penggunaan.
Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kerosakan harta benda yang berlaku semasa aktiviti berjalan. Pemohon juga dikehendaki membayar gantirugi sebagaimana yang dituntut oleh MPKS. Wang cagaran juga akan dipotong mengikut taksiran kerosakan.
MPKS tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kemalangan atau kecederaan diri semasa aktiviti berjalan.
Pemohon perlu memastikan tiada aktiviti memasak bahan makanan dan merokok di dalam kawasan dewan.
Pihak MPKS tidak menyediakan kerusi meja dan alat sistem P.A.
Segala bentuk minuman keras dan makanan haram disisi Islam adalah dilarang dibawa masuk ke dalam kawasan dewan.
Pengguna hendaklah mengosongkan dewan termasuk orang-orang, perkakas dan sebagainya tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat masa sewaan. Jika tidak bayaran
SEWAAN BERGANDA BAGI 1 JAM
daripada tamat masa sewaan dikenakan.
Pengguna tidak dibenarkan menjalankan apa jua bentuk perniagaan atau promosi di sekitar kawasan dewan kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua Majlis atau wakilnya.
Majlis tidak bertanggungjawab ke atas risiko kegagalan kuasa eletrik dan perkara-perkara luar jangkaan.
Pengguna adalah dilarang mempamer gambar, kain rentang atau iklan diluar atau di persekitaran kawasan dewan. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi daripada Yang Dipertua dan Jabatan Perlesenan terlebih dahulu.
Resit cagaran ASAL
hendaklah disertakan semasa memohon pemulangan wang cagaran selepas tarikh penggunaan, sekiranya gagal pemohon dikehendaki mengemukakan Akuan Bersumpah.
Penyewa juga hendaklah mengemukakan pengembalian wang cagaran sebelum/pada tiga puluh (30) hari selepas daripada tarikh penggunaan. Kegagalan penyewa berbuat demikian menyebabkan wang cagaran berkenaan lupus.
Yang Dipertua, MPKS atau wakilnya berhak MEMBATALKAN KEBENARAN yang telah diberi kepada pemohon dengan serta-merta pada bila-bila masa sekiranya ada Majlis Rasmi anjuran Kerajaan/Majlis dan kepentingan awam secara mengejut. Segala bayaran yang telah dibuat akan dikembalikan sepenuhnya tanpa sebarang FAEDAH atau GANTIRUGI dengan syarat pengguna mengemukakan resit asal.
D. Kadar Sewa
Bil.
Jenis Kegunaan
Waktu
Kadar Sewa
1
Latihan Badminton - Orang Ramai
8.00 pagi - 11.00 malam
RM8.00 sejam
2
Latihan Badminton - Murid Sekolah
8.00 pagi - 5.00 petang
RM3.00 sejam
3
Jamuan makan malam / perkahwinan / mesyuarat / perhimpunan / pameran temuduga / sukan dan lain - lain.
Isnin - Jumaat
RM400.00
(minima 5 jam)
RM 30.00 setiap jam berikutnya
RM 100.00 cagaran
4
Jamuan makan malam / perkahwinan / mesyuarat / perhimpunan / pameran temuduga / sukan dan lain - lain.
Sabtu - Ahad
RM500.00
(minima 5 jam)
RM 30.00 setiap jam berikutnya
RM 100.00 cagaran
5
Pertunjukkan pentas yang dikenakan bayaran.
Isnin - Jumaat
RM400.00
(minima 5 jam)
RM 30.00 setiap jam berikutnya
RM 200.00 cagaran
6
Pertunjukkan pentas yang dikenakan bayaran.
Sabtu - Ahad
RM500.00
(minima 5 jam)
RM 30.00 setiap jam berikutnya
RM 200.00 cagaran
7
Penghawa dingin.
Dewan Dato Hormat Tg. Krg.
Dewan Sri Siantan
Dewan Bestari Jaya
RM 50.00
Saya bersetuju mematuhi segala syarat yang dikenakan berhubung dengan penyewaan dewan tersebut dan akan menjelaskan bayaran terlebih dahulu.
Saya bersetuju Majlis berhak membatalkan permohonan dalam masa 24 jam tanpa ada ganti rugi. Saya bersetuju bahawa wang cagaran tidak dikembalikan sekiranya saya melanggar peraturan-peraturan penyewaan.
Sila tunggu, sedang membuat pengiraan bayaran...
Sila tunggu, sedang membuat bayaran...